Wednesday, November 11, 2009

Taklimat Angkasa oleh Vanajah di Lawas, Sarawak

Vanajah di atas pentas

Simposium "Public Understanding of Science and Technology (PUSAT) 2009" Lawas, Sarawak.
24hb & 25hb Oktober 2009: Persatuan Ahli-ahli Sains Malaysia telah menganjurkan PUSAT 2009 di Lawas, Sarawak. Dari segi geografi, Lawas terputus dari sistem jalanraya negeri Sarawak. Ia bersambung dengan Kota Kinablau, Sabah melalui jalan dalaman yang mengambil masa lebih kurang 3 jam dengan menaiki kereta (110 km jaraknya).

SMK Merapok, Lawas

Vanajah telah menyampaikan taklimatnya di SMK Merapok, Lawas. Para hadirin terdiri daripada murid-murid sekolah menengah, guru-guru sekolah dan pegawai kerajaan. Beliau menyampaikan taklimat mengenai proses pemilihan program Angkasawan Negara. Para hadirin teruja mendengar pengalaman Vanajah sepanjang program itu terutama sekali apabila beliau menjalani saringan di Rusia. Ia merupakan suatu pencapaian yang menakjubkan oleh seorang wanita untuk berjaya menjadi antara empat calon terbaik program Angkawasan Negara. Taklimat beliau telah memberi inspirasi kepada genarasi muda yang hadir sekaligus berjaya memupuk semangat jati diri mereka.

Para hadirin

Vanajah menceritakan pengalaman beliau


Seorang ikon Malaysia...

1 comment:

  1. teringat balik masa ni sy form 4...well...mmg best la byk juga yg d ketahui...y bks pelajar smk merapok..

    ReplyDelete