Thursday, July 23, 2009

Gerhana Matahari Penuh di Yangshanzhen

Sebelum gerhana penuh

22hb Julai 2009, Pulau Yanshanzhen, China

Saya telah menyertai rombongan sains yang diketuai oleh En. Sam Gibbs (Aerospace Edu) dan Dr. Chong Hon Yew (USM). Misi kami ialah untuk menyaksikan gerhana matahari penuh yang terpanjang di dalam abad ini, kejadian yang serupa hanya akan diulangi pada tahun 2132. Pulau Yangshanzhen yang berkedudukan di bahagian selatan kotaraya Shanghai terletak tepat pada garisan laluan gerhana matahari yang akan memberikan kegelapan 'totality' selama 6 minit. Pagi itu cuaca agak mendung tetapi kami tetap memasangkan peralatan kami di atas kawasan bumbung Hotel Yangshan. Gerhana bermula pada pukul 830 pagi tetapi awan tebal tidak memberi sebarang ruang untuk kami melihat matahari. Kami sabar menunggu dan kadangkala ia muncul dari belakang awan untuk kami menyaksikan kehebatannya. Sememangnya ia merupakan kejadian yang amat menakjubkan. Teleskop, kamera dan alat 'video cam' digunakan untuk merakamkan peristiwa yang bersejarah ini. Sebelum terjadinya gerhana penuh kami dapat melihat bayang-bayang bulan menghampiri lokasi kami dari bahagian barat. Dengan tiba-tiba kegelapan melanda kami. Siang menjadi malam. Kejadian ini amat ganjil dan saya berasa terharu mengalami fenomena ini. Keadaan di sekeliling kami gelap-gelita, cuma kelihatan cahaya merah yang pudar di sebelah utara di kawasan bukit-bukau. 6 minit berlalu dengan cukup pantas sebelum siang kembali. Ia merupakan pengalaman yang paling menakjubkan dan saya berharap berpeluang untuk menyaksikannya sekali lagi dengan harapan saya lebih bersedia menghadapinya....

Faiz

Gambar-gambar...

Kawasan bumbung Hotel Yangshan

Jalan utama

Bukit-bukau Yangshan

Video cam saya

Joanne dan Mildred dari UK

Dr. Chong dari USM

Masdiana dari USM

Mazlina dari USM

Dr. Chong memberi taklimat

Gin Seng peserta termuda kami dari Aerospace Edu

Jonathan dari USM

Semua orang tengah sibuk

Gerhana matahari dilihat dengan mata kasar

Ben dari Pulau Pinang

Dapat apa-apa tak?

Menunggu untuk kemuncak gerhana matahari

Bersama Sam

Selepas totality

Sam dan peralatannya...

No comments:

Post a Comment