Friday, May 22, 2009

Angkasawan meminum air yang dikitar semula di stesen angkasa

Koichi Wakata, Gennady Padalka dan
Michael Barratt meminum air yang dikitar semula


Angkasawan-angkasawan di stesen angkasa antarabangasa kini meminum air yang dikitar semula dari sumber air kencing sendiri, peluh dan juga udara yang dihembus keluar.

"Rasanya hebat!'' kata angkasawan Amerika Syarikat Michael Barratt, selepas meminum contoh air dari sebuah beg minuman yang dilabelkan "Hanya minum jikalau air tulen tidak boleh diperolehi di dalam jarak 200 batu jauhnya."

NASA menyifatkan sistem mengkitar semula air di stesen angkasa antarabangsa itu sebagai satu kejayaan yang akan memberikan kesan yang penting untuk melanjutkan tempoh jangka masa seseorang angkasawan boleh berada di angkasa lepas.

21hb Mei 2009

Berita lanjut:

http://news.cnet.com/8301-19514_3-10245857-239.html

No comments:

Post a Comment