Tuesday, April 28, 2009

Lawatan ke Pusat menyimpan Kapal Terbang

Isnin 27hb April, Kami telah membuat lawatan ke pusat menyimpan kapal terbang kepunyaan syarikat Dnest di lapangan terbang Subang. Kami membawa rombongan murid-murid sekolah APIIT melihat bermacam-macam jenis kapal terbang dan juga mempertengahkan aspek keselamatan di situ. Mereka sempat melihat jurutera membaiki enjin pesawat dan juga melihat secara dekat bahagian-bahagian sebuah pesawat. Keseronokan memuncak apabila adik-adik semua dapat memasuki sebuah pesawat jet dan melihat sendiri dek pernebangan pesawat tersebut...woohooo... Kami cukup seronok!!!

Sam bersama rombongan

Sam memberi taklimat

Panas betul di dalam sini...

Mari kita lihat helikopter

Saya pun turut seronok...

Jet nak datang!!! Bising betul...

Jurutera sedang bekerja di atas sana...

kapal terbang konsep

Yang ini boleh mendarat di atas air...

Sila masuk...

Saya nak jadi juruterbang...

Pesawat-pesawat lain di situ

Hangar Visit for Kids

Monday 27th April, Aerospace Education organised a visit to the Dnest hangar in Subang Airport. We showed the kids a lot of aircraft and explained about the safety procedures within a hangar. They got to see engineers working on engine maintenance and got a close view of aircraft parts. The highlight of the day was getting inside a real jet aeroplane and getting to see the cockpit...woohooo... We had a fun day!!!


Sam with the kids

Sam explaining about the aircraft

Wow sure is hot in here...

Let's see some helicopters

Ok, I'm excited too...

Jet coming in...very noisy!!!

Engineers workin up there...

Concept aeroplane

This one can land on water...

In you go kids...

I wanna be a pilot...

More aircraft on the tarmac

Saturday, April 25, 2009

Angkasawan Malaysia Jadi Juri Pertandingan Antarabangsa Airbus

KUALA LUMPUR, 22 April (Bernama) -- Angkasawan pertama Malaysia Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha dipilih menganggotai panel 10 pakar antarabangsa bagi menghakimi pertandingan akhir Airbus "Fly Your Ideas", yang disertai pelajar dari seluruh dunia.

Panel juri bebas ini dianggotai lima wakil Airbus dan lima pakar industri.

"Angkasawan ini telah memberi ilham kepada banyak anak muda dari rantau ini dan tempat lain untuk meminati bidang aeronautik.

"Oleh itu, kami amat gembira dan berbesar hati dengan penyertaan Datuk Dr Sheikh Muszaphar sebagai hakim dalam pertandingan kami ini, lebih-lebih lagi memandangkan sambutan hebat yang kami terima dari seluruh rantau ini " kata pengarah komunikasi Airbus rantau Asia Sean Lee dalam kenyataan di sini Rabu.

Pertandingan itu dilancarkan tahun lepas oleh Airbus -- antara syarikat pengeluar kapal terbang terkemuka dunia -- bagi mencabar kemampuan pelajar dari seluruh dunia yang menuntut di peringkat ijazah, sarjana atau PhD supaya mengemukakan idea inovatif dan mesra ekologi bagi mencorakkan bentuk industri penerbangan pada masa akan datang.

Lebih 2,350 pelajar dari 130 negara mendaftarkan diri untuk menyertai pertandingan itu dan daripada 225 pasukan yang dicadangkan penyertaannya pada peringkat awal, 86 dipilih bagi mengemukakan idea dalam pusingan kedua.

"Sambutan yang diterima dari Asia cukup hebat dan sebanyak 38 pasukan telah dipilih memasuki Pusingan Kedua, termasuk lima pasukan dari Universiti Teknologi Malaysia," katanya.

Dengan tinggal beberapa minggu saja lagi sebelum berakhirnya Pusingan Kedua, pakar Airbus daripada pelbagai bidang kini sibuk membuat penilaian terhadap cadangan yang telah dikemukakan, sebelum memilih lima pasukan untuk bertanding secara langsung pada pusingan akhir 19 Jun di Pertunjukan Udara Le Bourget di Paris.



-- BERNAMA


Maklumat lanjut di http://www.airbus-fyi.com/

Angkasawan On Jury Panel For Competition


KUALA LUMPUR, April 22 (Bernama) -- Angkasawan Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor will be among an international panel of 10 experts to judge the live final of Airbus' global competition for students, 'Fly Your Ideas', on June 19.

The independent jury will comprise five Airbus representatives and five independent industry experts.

The live final will be held at Le Bourget Air Show in Paris.

The Angkasawan had inspired many young people from the region and beyond, to show an interest in aeronautics, Airbus Communications Director-Asia Sean Lee said today.

In a statement here today, he said Airbus was honoured over Dr Sheikh Muszaphar's participation as judge in the competition, especially given the great response it received from across the region.

The competition was launched last year by Airbus, one of the world's leading aircraft design and manufacturing companies, to challenge those pursuing bachelor's degree, masters or PhD in any academic discipline, to come up with and develop innovative and eco-efficient ideas to shape the future of aviation.

Over 2,350 students from 130 countries registered for the competition.

"The response from Asia was especially good with 38 teams from the region selected to go through to Round Two, including five teams from University Teknologi Malaysia," he said.

With only a few weeks remaining before the end of Round Two, Airbus experts from various fields are assessing the proposals and will select five teams to continue to the live final.

-- BERNAMA

More info on http://www.airbus-fyi.com/