Monday, March 9, 2009

Taklimat Integriti di USIM

Gambar bersama pelajar-pelajar USIM

Pada 25hb Februari 2009, saya telah memberi taklimat bertajuk Integriti dan Program Angkasawan Negara untuk para pelajar Universiti Sains Islam Malaysia dari Kolej Kediaman Sutera Indah. Taklimat itu adalah sempena "Minggu Integriti 2009". Walaupun malam itu hujan dan taklimat diadakan diluar, ramai pelajar sanggup hadir untuk menyokong program mereka. Kami berinteraksi dengan baik pada malam itu. Apa yang penting ialah perkataan "Integriti" menjadi sebutan pada malam itu dengan harapan ia akan terpahat didalam hati dan tingkah laku para pelajar di sana. Saya berharap agar pelajar-pelajar USIM akan berjaya didalam pelajaran dan kerjaya masing-masing di masa hadapan.

Semoga semua akan berjaya...sekian terima kasih.

Mohammed Faiz

No comments:

Post a Comment