Friday, December 12, 2008

Malam Astronomi Adil Adha

Kakitangan Aerospace Edu , Sam Gibbs, Prof. Nor Azam dan saya

Sempena sambutan Aidil Adha, Aerospace Education Sdn Bhd telah menganjurkan Malam Astronomi di APIIT Smart School. Prof. Nor Azam Md Nor dari Universiti Sains Malaysia telah memberi taklimat yang bertajuk Pengenalan kepada Astronomi. Selepas itu giliran saya pula untuk bercakap tentang Program Angkasawan Negara. Video latihan centrifuge semasa proses pemilihan telah disiarkan kepada para hadirin yang terdiri daripada murid-murid sekolah dan juga ibubapa mereka.

Memberi taklimat

Disebabkan oleh keadaan cuaca yang tidak mengizinkan, aktiviti mencerap bintang terpaksa dibatalkan. Sebagai aktiviti gantian En. Sam Gibbs telah menyiarkan tayangan 3D yang mengambarkan bentuk permukaan bulan dan juga planet Marikh. Ia sememangnya menakjubkan dan banyak perkara kami dapat pelajari dari tayangan tersebut.

Ok belajar rajin-rajin ya...

Sehingga lain kali, Selamat Hari Raya Aidil Adha diucapkan kepada semua.

No comments:

Post a Comment