Monday, November 3, 2008

Pertandingan Mereka Bentuk Penempatan di Angkasa Lepas (MSSDC)

Dari Kiri: Hozay, Aswad dan Haizam di luar bangunan CREATE
Di belakang kelihatan mock-up kapsul Soyuz TMA-11

Sabtu, 1hb November 2008 Bangunan CREATE, Subang - Majlis bermula dengan setiap pelajar memberi taklimat serta menunjukkan program komputer yang telah direka cipta oleh mereka kepada para hadirin. Selepas itu upacara penyampaian sijil kepada semua pelajar yang telah berjaya mengikuti kursus KidzCAD (Computer-aided design) yang dianjurkan oleh pihak Aerospace Education Services Sdn Bhd. Kursus KidzCAD bertujuan untuk memastikan para pelajar mempunyai kemahiran dalam bidang CAD pada usia yang muda.

Sam Gibbs memberi tunjuk ajar kepada pelajar

Seorang pelajar menunjukkan program beliau

Sijil-sijil KidzCAD

Seterusnya Pertandingan Mereka Bentuk Penempatan di Angkasa Lepas (MSSDC- Malaysian Space Settlement Design Competition) di lancarkan. Sebagai pengenalan MSSDC adalah suatu petandingan dimana sebuah pasukan yang terdiri daripada 12 orang ahli berumur antara 14 dan 16 tahun menjawab suatu RFP (Request for Proposal) untuk mereka bentuk sebuah penempatan di angkasa lepas yang boleh menampung jumlah penduduk sebanyak 10,000 orang.
Kemudahan ini seharusnya mempunyai orbit yang konstan dan berkebolehan untuk menghantar muatan kargo pergi balik ke planet Marikh.

Pusat Robotik di CREATE

Teleskop-teleskop di CREATE

Pasukan yang memenangi pertandingan ini akan layak ke pusingan seterusnya di India untuk ARSSDC (Asian Regional Space Settlement Design Competition) pada bulan Januari tahun depan dengan matlamat untuk ke pertandingan akhir di Amerika Syarikat. ISSDC (International Space Settlement Design Competition) akan diadakan di Pusat Angkasa NASA Johnson di Houston.

Harridon di dalam kokpit F-16 di CREATE

Ahli-ahli Persatuan di CREATE

Untuk maklumat lanjut dan kepada sekolah-sekolah yang berminat sila hubungi kami:
sam@aerospacedu.com atau faiz2000a@yahoo.com (Dengan nama tajuk MSSDC)

No comments:

Post a Comment