Tuesday, November 11, 2008

Majlis Makan Malam Perhargaan Program Angkasawan Negara

Dari Kiri: Abdul Aziz, Ridzudden, Mohd Rizal, Mohammed Faiz

Malam semalam ANGKASA menganjurkan Majlis Makan Malam Perhargaan Program Angkasawan Negara di Hotel Equatorial, Bangi. Ketua Pengarah ANGKASA Dr. Mustafa Din Subari memulakan majlis dengan memberikan ucapan beliau sebelum makanan malam dihidangkan. Lebih kurang 250 undangan hadir termasuk 18 daripada 59 calon yang disenarai pendek semasa proses pemilihan Angkasawan Negara. Antara calon yang datang dari jauh adalah Abdul Aziz dari Kuching, Mohd Rizal dari Kota Bharu dan tidak ketinggalan calon tertua iaitu Mohd Anwar dari Seremban. Selepas makan malan, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili menyampaikan sijil kepada Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor, Mej Dr. Faiz Khaleed and kesemua pakar-pakar saintis dan tenaga pekerja yang telah menyumbang kepada kejayaan Program Angkasawan Negara.

Semasa Mesyuarat Kami

Selepas majlis itu, ahli-ahli persatuan kami mengambil peluang untuk mengadakan mesyuarat bulanan kami di restoran hotel tersebut. Sememangnya ia merupakan suatu malam yang akan sentiasa diingati. Mesyuarat bersurai sehingga bulan depan. Selamat malam kepada semua...

Senyum Semua...


No comments:

Post a Comment