Saturday, October 25, 2008

Soyuz membawa Richard Garriott selamat mendarat

Kapsul Soyuz mendarat di Arkalyk

Soyuz yang membawa angkasawan Richard Garriot dan Sergei Volkov selamat mendarat di Arkalyk, Kazakhstan pada 24hb October 2008. Misi yang bersejarah ini buat pertama kali membawa pulang generasi kedua angkaswan kerana kedua-dua Richard Garriot dan Sergei Volkov merupakan anak-anak kepada angkaswan.

Pegawai-pegawai membantu Richard Garriott

Kosmonot Oleg Kononenko yang tidak kelihatan merupakan ahli krew yang ketiga di dalam misi ini. Pendaratan Soyuz kali ini tepat pada sasaran selepas dua pendaratan sebelum ini yang membawa angkasawan negara Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor dan angkasawan Korea mendarat secara balistik. Di dalam sejarah pendaratan Soyuz hanya sejumlah 3 pendaratan yang tersasar membuat ramai pihak menyoal kebolehan kapsul Soyuz kebelakangan ini.

Kosmonot Sergei Volkov
Isu kewangan mungkin menjadi penghalang utama bagi Rusia untuk menghantar misi Soyuz di masa hadapan.

No comments:

Post a Comment