Wednesday, July 23, 2008


Gelaran Datuk beri inspirasi



KUALA PILAH: Angkasawan Negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Sheikh Mustapha, berkata gelaran Datuk tidak akan mengubah dirinya, sebaliknya menguatkan tekad untuk memberi inspirasi kepada generasi muda meminati bidang sains dan teknologi.

"Saya amat berbangga dan gembira dengan pengiktirafan ini, namun saya masih seperti dulu," katanya selepas menerima Darjah Dato' Setia Negeri Sembilan (DSNS) yang membawa gelaran Datuk daripada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Ja'afar Tuanku Abdul Rahman sempena Hari Keputeraan baginda Ke-86 di Istana Seri Menanti, dekat sini semalam.

Tokoh Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 2008 dan Tokoh Maal Hijrah 1429 Negeri Sembilan itu ditemani temanya, Dr Halina Mohd Yunus.


Dr Sheikh Muszaphar berkata, beliau juga berjanji akan menjalinkan hubungan lebih rapat dan erat dengan kerajaan negeri, terutama dalam membimbing serta mendorong lebih ramai pelajar dari negeri ini berjaya dalam bidang akademik.

Katanya, beliau sudah melawat lebih 200 sekolah dan universiti di seluruh negara bagi memberi ceramah motivasi serta berkongsi pengalaman ketika berada 12 hari di Stesen Angkasa Antara-bangsa (ISS), Oktober tahun lalu.

“Tiada apa yang lebih menggembirakan saya apabila ramai generasi muda, malah kanak-kanak yang baru berusia lima tahun sudah menanam azam mahu menjadi angkasawan negara,” katanya.

Dr Sheikh Muszaphar janji akan terus beri motivasi kepada generasi muda

KUALA PILAH: "Tiada apa yang lebih menggembirakan saya apabila ramai generasi muda, malah kanak-kanak yang baru berusia lima tahun sudah menanam azam mahu menjadi angkasawan negara," kata Angkasawan pertama negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha.

Beliau berkata, sejak pulang ke tanah air selepas 12 hari berada di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) Oktober tahun lalu, beliau sudah melawat lebih 200 sekolah dan universiti di seluruh negara bagi memberi ceramah dan berkongsi pengalamannya.

Hasil program itu, ramai di kalangan remaja dan kanak-kanak kini lebih terdedah kepada bidang angkasa dan mula berminat untuk menjadi angkasawan, katanya kepada pemberita selepas menerima Darjah Dato' Setia Negeri Sembilan (DSNS) yang membawa gelaran Datuk di sini hari ini.


Dr Sheikh Muszaphar, 36, menerima Darjah kebesaran itu daripada Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Ja'afar Tuanku Abdul Rahman sempena Hari Keputeraan baginda Ke-86 di Istana Besar Seri Menanti, di sini.

Dr Sheikh Muszaphar Shukor, 36, yang ditemani teman wanitanya, Dr Halina Mohd Yunus, berkata gelaran Datuk tidak akan mengubah dirinya, sebaliknya menguatkan tekad beliau untuk terus memberi inspirasi kepada generasi muda meminati bidang sains dan teknologi.



No comments:

Post a Comment